SURe contacts

SURe contacts
Write to the MANAGEMENT sinaranukaycondominium@gmail.com

Monday, March 19, 2012

MENYAMPAH


Video ini ada lah untuk tatapan bersama, dengan harapan kita lebih bersifat perihatin terhadap keadaan sekeliling demi untuk keselamatan dan kesejahteraan penduduk Sinaran Ukay.


Lapuran telah pun diajukan kepada pihak pengurusan Sinaran Ukay untuk tindakan selanjut nya.

Tong sampah yang di belakang ini telah khas disediakan untuk dahan-dahan pokok serta perabot-perabot lama yang hendak dibuangkan.

Untuk langkah sementara pihak pengurusan telah pun menutupi nya dengan kanvas berikat sehingga mereka dapat menentukan tempat yang lebih sesuai untuk ia di alihkan, jika perlu.




Sinaran Ukay Residents
for a better standard of living







Thursday, March 15, 2012

1st JMC meeting for 2012

The 1st  new Joint Management Committee meeting was held on the 14th of March 2012 at 9.30 pm and among other things discussed were : -

Roles and responsibilities of Members of JMC, Appointment of Sub Committees, Financial Standings,  present upkeep of the condominium, 3rd Party contractors, security, outstanding service fees, amenities and facilities, committee portfolios,  immediate and long term plans, objectives and strategies in turning around Sinaran Ukay Kondominium into a place worthy of being called "Home Sweet Home"

The evening started off with the Chairman's welcoming address, followed by a formal introduction by Nurr Property Consultants and ended with a enthusiastic and productive dialogue among the members of the committee.




It was obvious that timing was too short to address every major issue on the agenda and the meeting was adjourned until further notice.

A detailed context of the meeting to follow suit.

Stay tune. 




Residents of Sinaran Ukay
for a better standard of living


Tuesday, March 13, 2012

New Look

Hi Residents,

This fresh new look for our blogspot can be negotiated in different ways by selecting from the pulldown in the upper left of the screen. Hope you enjoy the experience.

To understand more kindly click the link below.

http://buzz.blogger.com/2011/09/dynamic-views-seven-new-ways-to-share.html


Sinaran Ukay Residents
for a better standard of living

Saturday, March 10, 2012

Message from The New Chairman




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para penghuni Sinaran Ukay yang dihormati.
Bagi pihak Badan Pengurusan Kondominium Sinaran Ukay (BPKSU) saya ingin mengucapkan penghargaan atas kepercayaan tuan tuan dan puan puan melantik saya dan ahli jawatankuasa BPKSU yang baru dalam Mesyuarat Agong Ke3 pada hari Sabtu 10 Mac 2012 di Dewan Serbaguna Sinaran Ukay.
Perlantikan kami adalah untuk 2012/2013.
Mesyuarat yang telah berjalan dengan suasana lancar dihadiri oleh pihak Nurr Property Consultant, yang diketuai oleh Tuan Hj Roslan Hussin yang juga bertindak sebagai Pengerusi mesyuarat dan En Muhammad Noor Isman , Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB ) MajlisPerbadanan Ampang Jaya.
Isu isu yang berbangkit telah dibincangkan dengan cara yang berhemah dan kami mengiktiraf beberapa isu yang harus ditangani dengan segera.
Pertama ialah, akaun untuk 1November 2009 - 31Disember 2010 masih belum disahkan pengauditannya disebabkan oleh masalah maklumat dalaman yang belum selesai . 
Akaun bagi 2011 juga belum selesai diaudit.
Namun pihak Nurr telah dapat memberi gambaran umum mengenai kedudukan kewangan Sinaran Ukay.
Oleh itu mereka memberi komitment untuk menyelesaikannya dalam masa 3 bulan ini  dimana satu mesyuarat luar biasa (EGM) akan diadakan pada 10 Jun 2012 untuk membentangkan laporannya.
ISU ISU PENTING DAN SEGERA.
Demi kepentingan para penghuni Sinaran Ukay, BPKSU yang baru dilantik akan menumpukan beberapa isu penting pada kadar segera.
1.Yuran semasa dan tertunggak
2. Sekuriti dan keselamatan
3. Keindahan dan kebersihan bangunan dan persekitaran untuk meningkatkan nilai pasaran Sinaran Ukay
4. Semangat hubungan dan interaksi antara para penghuni sebagai komuniti yang aktif
5. Komunikasi dan penyebaran maklumat.
PENGLIBATAN SEMUA DIPERLUKAN
Daripada 157 unit hanya 40 pemilik unit berhak hadir dan mengundi di mesyuarat agung kali ini tetapi hanya 17 yang hadir dan ini sudah cukup korum.
Apakah yang berlaku kepada majoriti penghuni.yang lain?
Namun mereka yang tidak layak mengundi telah dibenarkan hadir dan menyuarakan pendapat dan pandangan mereka .
Apa yang perlu ialah penglibatan semua penghuni. Oleh itu perkara yang pertama ialah mempastikan semua penghuni membayar yuran mereka untuk tahun ini tanpa lengah lagi.
Kita perlu mempastikan setiap bulan dana mencukupi dikutip untuk penyelenggaraan kondominium ini.
Inilah intipati kepada kehidupan di kondominium dan ia adalah syarat yang termaktup dalam undang undang .

TIADA DANA TIADA PERKHIDMATAN
Kami memahami beberapa isu yang dihadapi oleh penghuni di masa lalu yang menyebabkan yuran tertunggak. Perkara ini akan dikaji bersama dan satu skim penyelesaian yang adil dan rasional akan dibentangkan dengan kadar segera.
Sementara itu apa yang perlu sekarang ialah pengkutipan dana untuk tahun ini bagi mempastikan kelancaran dan kesinambungan perkhidmatan.  Pihak kami merayu agar semua penghuni menjalankan tanggunjawab mereka dengan  membayar yuran tahun ini mulai januari dengan segera.
Terima kasih.

SEKURITI DAN KESELAMATAN
Isu sekuriti dan keselamatan akan ditangani.dengan segera dengan  mengkaji semula keberkesanan sekuriti yang sedia ada.

KEINDAHAN DAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN PERSEKITARAN
Bangunan perlu dicat agar nilai pasaran kita turut meningkat. Untuk itu kita perlu dana dan satu  perancangan bagaimana mengindahkan bangunan kita . Kutip dana? Sumbang cat? Dapatkan sponsor? Tolong beri idea, tuan tuan .Mustahil? Jiran kita Kyoto Garden dah dapat wajah baru berkat sumbangan penghuninya. Kita pun BOLEH!
Sampah sarap, khidmat tukang sapu dll akan ditangani segera. Tong sampah yang tersadai dekat pintu pagar belakang akan dipindahkan dengan segera.
Lainan isu penyelangaraan yang sudah uzur dan tenat akan di tangani, tetapi ini semua memerlukan wang yang bukan sedikit. Oleh itu sumbanglah tanggubgjawab kita bersama dengan membayar yuran

INTERAKSI DAN SEMANGAT KOMUNITI
Jom kita wujudkan semula perjumpaan bulanan , makan makan dan gelak ketawa bersama keluarga.
Kita akan mulakan dengan perjumpaan semua penghuni dengan BPKSU untuk menyampaikan taklimat perancngan kami dengan kadar segera.

KOMUNIKASI
Buangkan yang keruh ambil yang jernih!
Kalau dulu kita tak tahu apa yang berlaku, kini kita akan mula memberi maklumat sebanyak mungkin mengenai polisi, perancangan , dan aktiviti kita.
Dan kita juga mengharapkan idea idea yang bernas dari para penghuni. Secara e mail, melalui surat ke pejabat atau berjumpa terus dengan mana mana ahli BPKSU.
Dan kami akan membentuk jawatankuasa kecil /sub committee yang akan dianggotai oleh para penghuni yang berminat untuk memberi khidmat mereka dengan sukarela dan suka suka serta komitted. (kita tak akan paksa rela kecuali terpaksa! )
Yang penting ialah kita buka satu lembaran baru yang bersinar-sinar  untuk Sinaran Ukay yang kita idamkan!
Sekian , atas sokongan tuan tuan dan puan puan kita yakin akan dapat BERSAMA-SAMA menjadikan
Sinaran Ukay ini tempat kita yang lebih baik, harmoni, berkualiti dan BERNILAI TINGGI!

InsyaAllah
Wassalam,
Adi Satria
Pengerusi BPKSU 2012/2013

3rd AGM Sinaran Ukay Kondominium






The 3rd Annual General Meeting was held successfully in Sinaran Ukay Kondominium Multi purpose hall to receive the Management Account and pass the resolution and motion in voting for a new set of committee members for the Joint Management Body (JMB) of Sinaran Ukay Kondominium.

From a total of 157 units only 40 unit owners were eligible to vote upon which only 17 owners were present, good enough to fulfill the quorum needed for an AGM.

However, residents who were not eligible to vote were allowed to attend and voice their opinions.

The atmosphere of the meeting was amicably professional and was conducted in a friendly and positive manner.

Apart from the residents and owners of Sinaran Ukay Kondominium, the attendees include En Muhammad Noor Iman - Ketua Bahagian Pesuruhanjaya Bangunan (COB) MPAJ, and Tuan Haji Roslan Hussin and Staffs of Nurr Property Consultants.

The following are the new office bearers

Pengerusi : En Adi Satria Unit 5 -14
Bendahari : Puan Shaharum (En Azhar) Unit G - 02
Setiausaha : Pn Nor Aishah Unit 1 - 13
AJK : Pn Tuty Aizadhora Unit 6 - 12
En Asri Ahmad Unit 1 - 16
En Abd Aziz Unit 2 - 13
En Azaiddy Unit 4 - 16
Mdm Teh Muar Kim Unit 5 - 03
En. Nur Effendi Unit 2 - 25

To all the new office bearers, we wish you all the very best and let us return the shine we deservingly need in Sinaran Ukay.