SURe contacts
Thursday, February 25, 2010
Signs of Neglect
Sunday, February 21, 2010
Ops Lalang dik oi Lalang
Pokok Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga terdapat di negara-negara tropika dan kawasan serdahana lain termasuk ASEAN. Nama botani pokok Keladan adalah Imperata cylindrica.
Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang dianggap rumpai. Lalang mudah membiak melalui benih yang ditiup angin, melalui keratan rozobium atau akarnya.
Bagaimanapun lalang mempunyai kepentingan tertentu. Lalang merupakan sejenis pokok perintis yang akan mengkoloni tanah yang diterangkan dari pokok lain dengan pantas. Ini membantu kerana hakisan tanah akan terhalang. Tanah dan galian yang terdedah akibat kehilangan tumbuhan penutup bumi yang asal dapat dikekalkan oleh lalang yang menghalang hujan lebat menghanyutkan ia ketempat lain.
Dengan itu lalang dapat membantu mengurangkan hakisan tanah dan pada masa yang sama lalang membantu mengekalkan kesuburan tanah.
Mungkin sebab itu lah lalang-lalang di Sinaran Ukay tak di potong.
Sunday, February 14, 2010
Saturday, February 13, 2010
Voice of the silent majority
Do we just wait and see who is mightier than the other?
Is there any true effort for a truce, a reconciliation, a realisation for a vision of living together in harmony.
For just one minute, leave our ego, selfishness and arrogance behind and look deep into ourselves and ask .....
Give PEACE a chance !
Thursday, February 11, 2010
Common sense prevail
Yesterday, Wednesday 10/2/2010 with the help of Mansor, Yazid, Azahar, Jamal and a couple other residents got at least 1 pump started and running.
Good neighboring and truly concern resident will stop at nothing to ensure living quality of Sinaran Ukay Condo.
Salam
Wednesday, February 10, 2010
Tuesday, February 9, 2010
Message from the JMB Chairman
Saturday, February 6, 2010
Another Tree felling, but this time by Act of God.
Thursday, February 4, 2010
PETISYEN kepada COB
3 Februari 2010
Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Ampang.
Selangor.
Ybhg. Tuan.
PETISYEN KEPADA C.O.B.
Untuk makluman pihak Tuan, sejak kebelakangan ini kebanyakan penghuni di Sinaran Ukay Kondo berasa amat tidak selesa dengan cara dan tindak tanduk Badan Pengurusan di Kondo ini, yang diterajui oleh seorang saudara tertentu. Oleh yang demikian, kami ingin memanjangkan rintihan dan bantahan penghuni kondo kami kepada pihak Tuan untuk siasatan dan tindakan yang sewajarnya.
Antara isu yang menjadi rungutan penghuni adalah sapertimana berikut :
1. Pengurusan yang sudah tersasar dari tujuan asal iaitu menyediakan kemudahan, perlindungan dan memastikan keselesaan serta keharmonian penduduk.
2. Beberapa ahli jawatankuasa didapati dengan sengaja bersekongkol dengan individu yang tidak berkelayakan dalam Pengurusan Bangunan.
3. Pihak pengurusan dan kakitangan yang dilantik untuk menguruskan kondo ini telah dilantik dengan cara yang tidak mengikut peraturan yang sepatutnya.
4.Pengurusan langsung tidak mengambil kira pandangan penduduk apabila melaksanakan perkara-perkara isu bersama seperti landskap, penyelenggaraan, tempat letak kereta, sekuriti dan lain-lain.
5. Sebilangan ahli pengurusan menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadi.
6. Terdapat keraguan mengenai cara kutipan yuran maintenance dilakukan. Didapati wang tunai yang dibayar oleh penduduk ditukar dengan cek persendirian salah seorang ahli jawatankuasa tersebut sebelum di masukkan ke dalam bank JMB.
7. Keraguan-keraguan ini telah menyebabkan pengurusan juga gagal mengutip yuran bulanan sehingga ke tahap kritikal iaitu pada kadar kurang 20%.
8. Pengurusan dengan secara sedar telah membiarkan keadaan penduduk di kedudukan berhutang supaya apabila berlaku mesyuarat agung luar biasa, majoriti akan lupus hak untuk mengundi atau dicalon sebagai ahli jawatankuasa.
9. Pengurusan bersikap bongkak dengan meneruskan projek pemotongan pokok walaupun telah dibantah dengan keras oleh sebahagian penduduk. Perlantikan kontraktor terbabit juga disangsi ketelusannya.
10. Pengurusan telah gagal dan engkar menjalankan perbelanjaan berhemat seperti yang telah dipersetujui ketika mesyuarat agung. Pengurusan telah berbelanja untuk perkara yang kurang prioritinya pada waktu tunai di bank berada di tahap kritikal.
11. Pengurusan gagal melaksanakan perancangan awal untuk mengutip hutang tertunggak yang menjangkau nilai hampir RM2 juta.
12. Pengurusan tidak menguruskan pejabat secara professional, dan dilihat oleh penduduk seolah-olah menjalankan perniagaan keluarga. (contoh: tidak berpakaian formal, waktu pejabat dibuka dan ditutup tidak menentu.)
LANGKAH YANG INGIN DIAMBIL.
1. Memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa secepat mungkin untuk menilai semula jawatankuasa yang ada atau memungkinkan perlantikan baru dibuat.
2. Membuat rumusan mengenai kuasa atau hak jawatankuasa dan merangka prosidur supaya pengurusan operasi dan kewangan lebih telus.
3. Menghalang Ahli jawatankuasa dan pengurusan JMB sekarang daripada memasuki pejabat sehingga mesyuarat agung luar biasa dijalankan untuk membetulkan keadaan.
4. Memeriksa akaun bank, inbois bayaran, perlantikan kontraktor dan lain lain
Melalui petisyen ini penduduk memohon campurtangan C.O.B . untuk menguraikan kekusutan yang dihadapi oleh penduduk Sinaran Ukay Residence. Dengan tandatangan yang telah dikumpul seperti di lampiran sokongan penduduk, maka penduduk Sinaran Ukay telah bersuara.
Kami juga sertakan disini sebahagian daripada rungutan penduduk yang diutarakan didalam blog dan email.
Sekian terima kasih.
NOTIS
Di minta kerjasama semua penduduk untuk hadir ke Cafeteria Sinaran UKay Condo pada hari Ahad 7hb Februari 2010 jam 10.30 pagi. Ini bertujuan untuk menandatangani surat petisyen yang akan dihantar kepada pihak C.O.B (Comissioner of Building).
Dengan keprihatinan dan kerjasama semua penduduk, pihak C.O.B akan menjalankan siasatan terhadap sebarang masalah yang terdapat di dalam Sinaran Ukay Kondominium untuk kebaikan penduduk semua.