3 Februari 2010
Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Ampang.
Selangor.
Ybhg. Tuan.
PETISYEN KEPADA C.O.B.
Untuk makluman pihak Tuan, sejak kebelakangan ini kebanyakan penghuni di Sinaran Ukay Kondo berasa amat tidak selesa dengan cara dan tindak tanduk Badan Pengurusan di Kondo ini, yang diterajui oleh seorang saudara tertentu. Oleh yang demikian, kami ingin memanjangkan rintihan dan bantahan penghuni kondo kami kepada pihak Tuan untuk siasatan dan tindakan yang sewajarnya.
Antara isu yang menjadi rungutan penghuni adalah sapertimana berikut :
1. Pengurusan yang sudah tersasar dari tujuan asal iaitu menyediakan kemudahan, perlindungan dan memastikan keselesaan serta keharmonian penduduk.
2. Beberapa ahli jawatankuasa didapati dengan sengaja bersekongkol dengan individu yang tidak berkelayakan dalam Pengurusan Bangunan.
3. Pihak pengurusan dan kakitangan yang dilantik untuk menguruskan kondo ini telah dilantik dengan cara yang tidak mengikut peraturan yang sepatutnya.
4.Pengurusan langsung tidak mengambil kira pandangan penduduk apabila melaksanakan perkara-perkara isu bersama seperti landskap, penyelenggaraan, tempat letak kereta, sekuriti dan lain-lain.
5. Sebilangan ahli pengurusan menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadi.
6. Terdapat keraguan mengenai cara kutipan yuran maintenance dilakukan. Didapati wang tunai yang dibayar oleh penduduk ditukar dengan cek persendirian salah seorang ahli jawatankuasa tersebut sebelum di masukkan ke dalam bank JMB.
7. Keraguan-keraguan ini telah menyebabkan pengurusan juga gagal mengutip yuran bulanan sehingga ke tahap kritikal iaitu pada kadar kurang 20%.
8. Pengurusan dengan secara sedar telah membiarkan keadaan penduduk di kedudukan berhutang supaya apabila berlaku mesyuarat agung luar biasa, majoriti akan lupus hak untuk mengundi atau dicalon sebagai ahli jawatankuasa.
9. Pengurusan bersikap bongkak dengan meneruskan projek pemotongan pokok walaupun telah dibantah dengan keras oleh sebahagian penduduk. Perlantikan kontraktor terbabit juga disangsi ketelusannya.
10. Pengurusan telah gagal dan engkar menjalankan perbelanjaan berhemat seperti yang telah dipersetujui ketika mesyuarat agung. Pengurusan telah berbelanja untuk perkara yang kurang prioritinya pada waktu tunai di bank berada di tahap kritikal.
11. Pengurusan gagal melaksanakan perancangan awal untuk mengutip hutang tertunggak yang menjangkau nilai hampir RM2 juta.
12. Pengurusan tidak menguruskan pejabat secara professional, dan dilihat oleh penduduk seolah-olah menjalankan perniagaan keluarga. (contoh: tidak berpakaian formal, waktu pejabat dibuka dan ditutup tidak menentu.)
LANGKAH YANG INGIN DIAMBIL.
1. Memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa secepat mungkin untuk menilai semula jawatankuasa yang ada atau memungkinkan perlantikan baru dibuat.
2. Membuat rumusan mengenai kuasa atau hak jawatankuasa dan merangka prosidur supaya pengurusan operasi dan kewangan lebih telus.
3. Menghalang Ahli jawatankuasa dan pengurusan JMB sekarang daripada memasuki pejabat sehingga mesyuarat agung luar biasa dijalankan untuk membetulkan keadaan.
4. Memeriksa akaun bank, inbois bayaran, perlantikan kontraktor dan lain lain
Melalui petisyen ini penduduk memohon campurtangan C.O.B . untuk menguraikan kekusutan yang dihadapi oleh penduduk Sinaran Ukay Residence. Dengan tandatangan yang telah dikumpul seperti di lampiran sokongan penduduk, maka penduduk Sinaran Ukay telah bersuara.
Kami juga sertakan disini sebahagian daripada rungutan penduduk yang diutarakan didalam blog dan email.
Sekian terima kasih.
NOTIS
Di minta kerjasama semua penduduk untuk hadir ke Cafeteria Sinaran UKay Condo pada hari Ahad 7hb Februari 2010 jam 10.30 pagi. Ini bertujuan untuk menandatangani surat petisyen yang akan dihantar kepada pihak C.O.B (Comissioner of Building).
Dengan keprihatinan dan kerjasama semua penduduk, pihak C.O.B akan menjalankan siasatan terhadap sebarang masalah yang terdapat di dalam Sinaran Ukay Kondominium untuk kebaikan penduduk semua.
I won't be around this Sunday 7/2. Can I sign the petition earlier, just let me know how to contact the keeper of the petition.
ReplyDeleteAziz
Salam Sejahtera,
ReplyDeleteCOB ni tak boleh buat apa apa la. Kalau duduk SUK 7 tahun tapi miss bayaran 2-3 kali terus lupus hak untuk mengundi. Apa punya undang undang la.
So yang tinggal orang yang baru tinggal yang sudah tentunya tiada masaalah dengan tunggakkan & mereka mereka yang tidak berhati perut ini lah yang mengungguli JMB sekarang.
Mereka terlalu angkuh ketika membuat keputusan. Pendapat pemilik lain tidak dihiraukan dengan alasan mereka ada tunggakan bulanan & tidak layak untuk bersuara.
Jadi pemilik yang juga jiran & juga tinggal di SUK dipaksa menerima bulat bulat apa apa yang di buat 3-4 orang ahli JMB. Bayangkan 3-4 orang membuat keputusan untuk kesemua penduduk SUK tanpa memangil penduduk untuk berdialog bagi meminta pendapat penduduk yang sama sama tinggal di SUK. Sungguh menyedihkan keadaan di SUK.
Dalam beberapa surat dari JMB baru baru ini, ada nama nama yang tak pernah datang meeting atau datang hanya untuk meluluskan sesuatu, umpama boneka yang tiada maruah. Nama ahli JMB & Pengerusi yang tidak sehaluan dengan mereka telah di padamkan.
Mana taknya ahli JMB bakal mendapat banyak kemudahan yang penduduk "biasa" tidak dapat, umpamanya ialah selain penduduk Penthouse, ahli JMB bakal dapat 2 parking bay percuma berbanding ahli biasa yang bakal membayar RM50 untuk kereta kedua.
COB tahu apa? diaorang bukan tinggal di SUK, bukan mereka yang terpaksa menghadapi semua ini. Pokok di tebang tanpa rasa bersalah, alasanya ialah mengancam keselamatan penduduk & bakal akan merosakkan kolam renang.
Jika benar sekali pun, cubalah di bawa berbincang dengan penduduk. Lagi pun ada sebab Dr. Ken Yeang yang merupakan salah seorang architect terkemukan di Malaysia meletakkan pokok pokok besar yang JMB tebang di situ. Tapi keangkuhan ahli JMB lagi tinggi dari kepandaian Dr. Ken Yeang.
Pelawat pula bakal di kenakan diposite jika ingin menjejakkan kaki di SUK & ada had waktu maksima untuk melawat macam Hospital Besar Kuala Lumpur. Bila ahli JMB di tegur mereka mengatakan, "mereka itu pelawat, berapa lama mereka nak melawat rumah kita?! Cukup angkuh statement itu. Hanya Allah saja yang tahu keangkuhan statement itu & harap Allah akan bagi balasan yang setimpal.
COB telah membuat sistem yang minoriti lagi berkuasa dari majoriti di dalam sistem demokrasi. Minoriti menjadi terlalu berkuasa sehingga keangkuhan mereka tidak dapat di bendung & mengangap pendapat pembeli lain di SUK macam sampah.
APa yang di persetujui majoriti (pemilik macam ahli JMB juga) di dalam bilik mensyuarat tidak di laksanakan oleh ahli JMB. 3-4 orang ahli JMB bertindak untuk membuat keputusan sendiri, apa yang COB buat selepas aduan di jalankan? Jawapannya tentulah tiada apa apa.
Jadi apa perlu mengikuti undang undang COB? Beri semua pemilik SUK, diulangai PEMILIK SUK bukan penyewa bilik, Indon maid atau segala jenis Indon & Bangla untuk mengundi bagi memberi Check & Balance kepada ahli JMB yang sedia ada, sama ada yang sedar, sign buta & tidur.
Sekian