SURe contacts

SURe contacts
Write to the MANAGEMENT sinaranukaycondominium@gmail.com

Thursday, January 28, 2010

A resident's opinion


published with permission


SEKADAR PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI JMB/JMC

Assalamualaikum & salam sajehtera

Sebagai pembeli yang sentiasa membayar yuran penyelengaraan setiap bulan, ingin saya menarik perhatian ahli jawatankuasa penduduk (JMB) terhadap tindakan yang ingin di laksanakan di persekitaran kediaman Sinaran Ukay Condominium.

Berlaku sedikit kekecohan antara penduduk dengan ahli JMB kebelakangan ini, akibat rasa tidak puas hati penduduk terhadapan tindakan yang di lakukan oleh ahli JMB di persekitaran kediaman kita semua, ahli JMB harus ingat dan merenung sedikit siapa anda semuanya, sebahagian daripada diri anda di lantik oleh kami penduduk untuk menyelengara persekitaran kediaman kita untuk kebaikan penduduk, tugas sukarela anda amat di hargai tetapi cara tindakan anda amat di kesali oleh saya sendiri sebagai pembeli.

Harus di ingat, kita hanya memiliki satu atau dua unit di kediaman ini, segala landskap serta kemudahan yang tersedia ada adalah milik semua pembeli, tidak kah anda ahli JMB mempunyai sedikit perasaan malu untuk melakukan sesuatu tindakan dengan menafikan hak pembeli lain. Jika anda merasakan undang undang membenarkan anda melakukan tanpa memikirkan pembeli lain, tidakkah anda rasakan undang undang itu harus di ketepikan demi kebaikan semua, undang undang ciptaan manusia sentiasa di ubah ubah dari masa ke semasa untuk kebaikkan manusia segajat, bukan di gunakan untuk kepentingan segelintir manusia yang rakus.

Saya sendiri tidak menafikan akan sebahagian kebaikan yang telah anda lakukan serta yang ingin anda lakukan di kediaman kita ini, Cuma permasalahan timbul di atas cara tindakan anda semua, contoh:-

  1. Kolam Renang

Anda menafikan hak pembeli tanpa memangil untuk berbincang dangan pembeli lain sebelum melakukan tindakan mengosongkan air di kolam renang, saya percaya anda mempunyai alasan tersendiri untuk melakukannya, notis di tampal di papan kenyataan saya pasti, tetapi memangil pembeli lain untuk melakukan perbincangan saya pasti anda tidak melakukannya, siapa yang memiliki kolam renang tersebut? Anda ahli JMB? Pasti jawapanya kita semua pembeli, salahkan anda berbincang terlebih dahulu sebelum melakukannya.

Sudah anda fikir kos yang harus di bayar dengan tindakan anda itu? Anda mempunyai jawapan tersendiri, berapa gallon air harus di gunakan untuk memenuhi semula kolam tersebut, berapa RM air segallon? Sudah anda kira? Siapa yang membayar semua itu? Mungkin tindakan anda betul dengan apa alasan sekali pon, tetapi berbincanglah dahulu sebelum melakukannya. Bincang akan kesan serta kos sebelum melakukan tindakan anda.


  1. Mencantas Pokok

Sekali lagi anda dengan alasan tersendiri anda melakukan tindakan yang saya rasakan melulu tanpa berbincang terlebih dahulu dengan penduduk, berbalik kepada ayat saya terdahulu, segala landskap serta kemudahan di persekitaran kita milik semua pembeli. Anda bukan tinggal di banglow di Tropicana Damansara atau di Pines Golf & Country Club di Charllote NC, yang membolehkan anda menebang pokok di halaman rumah anda sesuka hati anda tanpa perlu berbincang dengan orang lain, anda tinggal dan hidup di satu kawasan berpagar yang yang mana kemudahannya untuk semua, jadi panggilah untuk berbincang terlebih dahulu. Salah dan susah kah untuk memangil berbincang?

Ada penduduk yang yang sayangkan kehijauan di sini, membeli unit di sini dengan alasan kehijauan itu, sudah pasti perasaan marah akan timbul bila anda menghapuskan kehijauan itu. Andai apa juga alasan anda melakukan sesuatu perkara itu berbincangalah terlebih dahulu dengan penduduk.

Harus di ingat sekali lagi kepada anda semua, anda menguruskan satu organasasi yang bukan mencari keuntungan, anda menguruskan satu organasasi yang memfokus kepada keselesaan penduduk termasuk anda sendiri sebagai pembeli merangkap ahli JMB, janganlah di sebabkan 2-3 orang ahli JMB yang bersetuju menambil tindakan dan anda terus menafikan hak kami yang lain sebagai pembeli di kediaman ini.

Sebahagian daripada penduduk tidak begitu selesa dengan 1-2 orang yang di tugaskan untuk menguruskan pejabat pentabdiran serta pengurusan bangunan, samada di lantik secara sah atau tidak hanya ahli JMB yang mengetahui, secara jujurnya saya sendiri tidak begitu selesa dengan kakitangan pejabat, ketidakselesaan ini menyebabkan saya gagal untuk membuat pembayaran penyelengaraan secara tunai di pejabat, tetapi saya masih membayar dengan memasukkan tunai di kaunter CIMB. Perlukah ahli JMB menyimpan pekerja pekerja yang menyebabkan wujud situasi begini, susahkan untuk mengambil pekerja baru yang mempunyai sikap menghormati orang lain?? Saya berharap pada masa akan datang tidak ada lagi pekerja pekerja yang tiada rasa hormat pada orang lain duduk di kerusi di pejabat kita.

Janganlah di sebabkan 2-3 orang yang menguruskan kediaman ini mengikut hati dan naluri meraka , kita terus hilang rasa hormat sesama jiran yang telah dibina sekian lama, ingatlah pergaduhan bukan jalan penyelesaian, perbincangan adalah cara terbaik menyelesaikan masalah.

Sekain terima kasih.

En.Azahar Mohd Nor & Puan Shahrum Puteh


Nota. Saya menulis menggunakan bahasa yang di guna pakai serta di iktraf oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka , andai ada ahli ahli JMB yang kurang senang dengan tulisan saya serta ingin membalas tulisan ini, sila gunakan ayat ayat yang juga di iktraf oleh Dewan, andai ada yang menggunakan ayat ayat yang kesat saya sendiri secara peribadi akan menemui beliau.


4 comments:

  1. Seharusnya JMB/JMC membentangkan kos belajawan sah terhadap 2 isu berkaitan kepada seluruh warga penduduk Sinaran Ukay Resident:-

    1- Penyelenggaraan kolam renang

    2- Penebangan pokok

    Segala kewangan yang ada di dalam JMB adalah hasil dari pembayaran wang peyelenggaraan penduduk SUK, KAMI semua berhak untuk mengetahui sebelum tindakan selanjut akan di ambil.

    ReplyDelete
  2. Residents of Sinaran Ukay,

    Please stand-up for your rights – make a decision – don’t just talk!! It is very important to have the right people in JMB – SINCERITY, COMMITMENT AND EXPERTISE.

    In this current hostile situation, we all should push the JMB to be more transparent - push for a monthly meeting between JMB and residents. However it’s even better if we can call for an AGM/EGM to be held soonest possible.

    Even though some of you don't have voting rights, but you still have rights to attend meeting and put forward your grouses. We can no longer remain quiet if we love the place we call home. It is time for the silent majority of residents who reject hooligans and thugs, who favour dialogue and debate, to be heard.

    LET US UNITE AND SHOW TO THE JMB THAT WE ARE ALL FOR PEACE, JUSTICE AND EQUALITY.

    ReplyDelete
  3. SEKARANG TINDAKAN SUDAH DI AMBIL!!!

    ReplyDelete
  4. perahu sudah belayar...ombak sudah di tempuhi...badai sudah di kuasai...apa lagi jgn lupa bayar duit maintenance yg korang ada outstanding tu...cuba fikir2kan kalau kita menang tapi lepas tu kita still tak bayar duit maintenance apa akan terjadi dgn condo yang kita sebok2 nak pertahankan?kalau betul perjuangan kamu ikhlas..pernah tak kamu terfikir untuk menyelesaikan tunggakan yg kamu ada?bilakah kali terakhir kamu membayar duit maintenance?semasa zaman azmi & co ada bayar tak?zaman era ada bayar tak?zaman lemon ada bayar tak?fikir2kan lah...takut nanti kita yg malu balik beb..from sheikh tingkat 8

    ReplyDelete