SURe contacts

SURe contacts
Write to the MANAGEMENT sinaranukaycondominium@gmail.com

Wednesday, August 15, 2012

Ucapan Ribuan Terima Kasih atas Sumbangan Anda




Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk Sinaran Ukay Residence (SURe) sambil beramal bersama pelajar-pelajar Tahfiz telah berjaya di laksanakan dengan kehadiran lebih kurang 120 orang penduduk termasuk 8 pelajar dan seorang Ustaz. 

Majlis bermula dengan ucapan Penerusi JMB di ikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Zaki sebelum  para hadirin menjamu selera hidangan berbagai jenis kueh mueh, satay, bubur dan sebagai nya.

Terdapat ramai muka-muka baru dari penduduk SURe yang terdiri dari anak-anak muda dan kanak-kanak serta berberapa muka lama termasuk lah yang bukan Islam.

Sembahyang Maghrib telah pun di imamkan oleh Ustaz Zaki sebelum majlis menjamu selera di teruskan sehingga masuk nya Waktu Isya .

Alhamdulillah, Solat Isya' dan Sunat Tarawikh pun dapat di sempurnakan di bilik mesyuarat yang menjadi 'surau' sementara pada malam tersebut. 

Majlis di akhiri dengan penyampaian kutipan derma dari penduduk-penduduk SURe dan sumbangan JMB yang berjumlah lebih kurang rm 1200. 

Kepada para dermawan kami ucapkan ribuan terima kasih, semoga Allah melipat gandakan pahala dan membukakan pintu rezeki yang seluas-luasnya, AMIN.



Sinaran Ukay Residents
for a better standard of living





No comments:

Post a Comment